Thursday, September 15, 2011

Jurulatih KLRC tak faham syarat pelik dikenakan

Razif Sidek

MENGARUT dan tidak masuk akal!


Itulah kesimpulan bekas pakar beregu negara, Razif Sidek berhubung syarat dikenakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada beregu bimbingannya, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari andai mahu menjalani 'sparring' dengan skuad negara.

Antara syarat mengarut dan tidak masuk akal itu ialah pasangan kelab profesional KLRC itu tidak boleh membawa jurulatih, tidak dibenarkan memakai baju lain selain baju penaja BAM dan mereka tertakluk kepada arahan jurulatih BAM sepanjang ‘sparring’ dua kali seminggu selama tiga bulan yang ditetapkan itu.

“Saya tidak faham dengan syarat ditetapkan BAM itu. Adakah BAM benar-benar ikhlas? Mengapa melarang saya datang... Saya benar-benar tidak faham dan ia langsung tidak masuk akal,” kata Razif selepas latihan di New Vision Badminton Akademi di Petaling Jaya, semalam.

Apapun, tindakan BAM itu pasti mencetuskan kemelut baru sedangkan pertikaian antaranya dengan satu lagi beregu KLRC, Gan Teik Shai-Tan Bin Shen belum selesai dan mereka juga mungkin tidak lagi dibenarkan ‘sparring’ dengan skuad negara kerana ‘bermasalah’ dengan badan induk itu.

Adakah dengan tindakan mengarut dan tidak masuk akal BAM itu akan membantu perkembangan dan kemajuan badminton negara dan mengapa Morten Frost Hansen yang datang membawa skuad pelapis Denmark menjalani latihan bersama skuad negara sebelum Aidilfitri lalu tidak dikenakan syarat sama?


- Berita Harian

No comments:

Post a Comment