Thursday, March 10, 2011

Memang Bodoh !

Came across this today, and I find this ridiculous and spoken with little sense. Isn't this the guy who boldly offered to resign (but still sitting in his chair until today) if the sepak takraw team didn't come back with the gold in the Asian Games 2010? 




FROM Malaysian Sports (Today's back pages!)
"Jangan Jadi Bodoh"

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) enggan menggunakan kepakaran jurulatih Thailand sebagai salah satu langkah meningkatkan prestasi skuad kebangsaan agar kembali dihormati di peringkat antarabangsa selepas beberapa kegagalan sebelum ini termasuk di Sukan Asia 2010.

Presiden, Datuk Ahmad Ismail berkata, terdapat bahaya yang bakal dihadapi skuad kebangsaan jika melantik jurulatih berasal dari negara yang sememangnya menjadi musuh tradisi Malaysia sejak dulu lagi.

“Kita tidak mahu kelemahan dan strategi pemain kebangsaan terdedah dengan mudah jika melantik mereka,” katanya selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja bersama PSM dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.
Beliau sebaliknya berkata, PSM dan MSN mencapai persetujuan melantik Jamaluddin Hassan sebagai ketua jurulatih yang baru bagi menggantikan Iskandar Arshad yang bertindak sebagai penolong jurulatih bersama-sama Ahmad Jais Baharom untuk tempoh empat tahun sehingga 2014.

Namun, menurutnya, PSM tidak menolak sepenuhnya kepakaran daripada negara jiran itu apabila melantik Taweet Wongkaen dan Prawet Intar yang juga bekas pemain kebangsaan negara Gajah Putih itu sebagai perunding bagi memberikan pandangan dan idea demi kebaikan skuad kebangsaan. “Mereka akan diberikan tugas memantau dengan rapi prestasi pemain bagi mengenalpasti kelemahan serta memberi cadangan untuk membaikinya,” katanya.

Menurut Ahmad lagi, pihaknya kini mempunyai matlamat baru iaitu meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas di Sukan Asia 2014 di Korea Selatan selepas kegagalan meraih pingat emas di Sukan Sea 2009 dan Sukan Asia 2010. “Namun, untuk Sukan Sea di Indonesia pada November ini, saya berpendapat masih terlalu awal untuk menetapkan sasaran meraih pingat emas,” katanya yang menjelaskan mereka kini di dalam proses untuk memilih 18 pemain terbaik bagi membentuk skuad kebangsaan yang baru.

- Malaysian Sports (Today's back pages!)



No comments:

Post a Comment